Liga Super: Sabah FC kumpul 34 mata, benam Sarawak United 1-0

Spread the love

KOTA KINABALU, 9 Ogos : Pasukan Sabah FC kekal di tangga kedua Liga Super selepas menewaskan Sarawak United FC 1-0  dalam aksi di Stadium Likas.

Pasukan tuan rumah, Sabah sukar mencari ruang untuk membolosi pertahanan pasukan pelawat Ngap Sayot pada babak pertama.

Memasuki babak kedua, Sang Badak berjaya menjaringkan mata tunggal perlawanan menerusi tandukan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar.

Jaringan pemain tengah yang berasal dari Kedah pada minit ke-63 itu berjaya mendominasi keseluruhan perlawanan sehingga wisel penamat ditiupkan.

Tersentak dengan jaringan tunggal itu, skuad Sarawak kendalian Balachandran Sithamparam cuba menyamakan kedudukan namun gagal mencetak sebarang jaringan sehingga perlawanan berakhir.

Sabah FC kekal di tangga kedua Liga Super dengan pungutan mata sebanyak 34 mata hanya satu mata di belakang Johor Dahrul Ta’zim FC. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.