Banjir di Seoul ‘mengingatkan saya kepada Titanic’

Spread the love

 

SEOUL, 9 Ogos: “Ia mengingatkan saya kepada Titanic”.

Demikianlah kata-kata seorang penduduk Seoul, Lim Na-kyung, untuk menggambarkan pengalamannya ketika banjir melanda ibu negara Korea Selatan itu pada malam Isnin, lapor Reuters.

Di daerah Gangnam yang berkilauan dan padat, beberapa bangunan dan kedai dinaiki air dan terputus bekalan elektrik, manakala kereta, bas dan stesen kereta api bawah tanah ditenggelami air, yang menyebabkan orang ramai terkandas.

Lim, seorang pekerja pejabat berusia 31 tahun dan ibu kepada dua anak lelaki, disuruh melarikan diri pada petang Isnin ketika dia berada di tingkat bawah tanah perpustakaan di tengah Gangnam.

Bagaimanapun dia tidak dapat pulang ke rumah dan akhirnya terpaksa bermalam di Pusat Pilates di bangunan sebelah.

Menurut Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA), bahagian selatan Seoul menerima lebih 100 mm (3.9 inci) hujan sejam pada lewat Isnin, manakala beberapa bahagian bandar mengalami 141.5 mm hujan, iaitu hujan paling lebat sejak 80 tahun lalu.

Akhbar South China Morning Post memetik KMA sebagai berkata, hujan selebat 300 mm hingga 350 mm dijangka akan turun hingga Khamis, yang mungkin akan memburukkan lagi keadaan banjir sedia ada.

Sekurang-kurangnya lapan orang telah terkorban di Seoul dan sekitar ibu kota itu dalam banjir yang berlaku semalam. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.