Kongsi minat yang sama dengan PM, detik terindah untuk saya dan keluarga – Sufian

Spread the love

KUALA LUMPUR, 8 Ogos : Berkongsi hobi yang sama dengan Perdana Menteri menjadi detik paling bermakna buat pemilik Putra Cat Hotel yang berasal dari Limbang, Sufian Mohat.

Saat keemasan itu dikongsikannya ketika menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Menurut Sufian, walaupun kunjungan itu hanya seketika namun sikap penyayang Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob terhadap haiwan terserlah apabila sanggup meluangkan masa bersama mereka.

“Ini merupakan kali kedua saya berkesempatan berkongsi hobi bersama Perdana Menteri.

Kali pertama dalam Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Sabah pada 20 Mei lalu.

“Sudah pasti, ini menjadi pengalaman yang sangat berharga untuk saya dan seluruh keluarga. Detik yang sangat indah buat kami dan satu penghargaan buat Putra Cat Hotel Service,” katanya kepada TVS.

Sementara itu, Perdana Menteri dalam satu hantaran di laman sosial miliknya mengakui beliau adalah seorang peminat dan sayang kepada kucing.

Pada majlis yang sama katanya, beliau gembira apabila ada yang ingin menghadiahkan haiwan comel itu namun terpaksa menolak pemberian tersebut kerana sudah mempunyai 25 ekor kucing di rumahnya.

“Kucing saya sensitif, setiap kali saya atau keluarga saya bawa balik kucing baru, mereka akan merajuk. Kadang-kadang berhari-hari menghilangkan diri tidak balik. Jadi saya tidak sampai hati hendak buat mereka merajuk,” katanya.

Hantaran itu mendapat reaksi positif warga net dengan 8.8 ribu tanda suka . -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.