Dhabitah, Ker Ying mara ke final 3m papan anjal

Spread the love

BIRMINGHAM, 7 Ogos : Kedua-dua atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri dan Ong Ker Ying berjaya mara ke final acara 3 meter papan anjal wanita pada temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 di sini hari ini.

Nur Dhabitah melengkapkan pusingan awal di tempat keenam dengan 276.25 mata manakala Ker Ying di kedudukan ke-10 daripada 14 penerjun dengan 257.70 mata di Pusat Akuatik Sandwell.

Hanya 12 peserta teratas layak mara ke final yang bakal berlangsung hari ini pada 7.10 malam waktu tempatan (2.10 pagi waktu Malaysia pada 8 Ogos).

Sementara itu, Bertrand Rhodict Lises kekal sebagai satu-satunya harapan Malaysia dalam acara 10 meter platform lelaki apabila beliau layak ke final manakala Hanis Jaya Surya tersingkir pada pusingan awal.

Bertrand berada di tempat keenam dengan skor keseluruhan 396.60 mata manakala Hanis di kedudukan terakhir dengan memungut 300.90 mata.

Sejumlah 12 penerjun terbaik yang layak final bagi acara itu akan berentap pada 5.35 petang waktu tempatan (12.35 tengah malam ini waktu Malaysia).-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.