Trump beri bayangan mengenai niat bertanding jawatan Presiden AS

Spread the love

WASHINGTON, 7 Ogos: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sekali lagi memberi bayangan bahawa beliau bercadang untuk bertanding semula jawatan presiden pada 2024.

“Saya selalu melakukan apa-apa perkara dua kali. Saya menang dua kali dan akan melakukan lebih baik pada kali kedua serta mendapat berjuta-juta undi berbanding pada 2016 dan memperoleh lebih banyak undi berbanding mana-mana presiden dalam sejarah negara kita setakat ini,” kata Trump pada Persidangan Tindakan Politik Konservatif (CPAC) di Dallas, Texas pada Sabtu, sambil menambah “kini kita mungkin perlu melakukannya sekali lagi”.

Bercakap mengenai pilihan raya pertengahan penggal pada November akan datang, Trump berkata Republikan perlu membuat janji menerusi kempen mereka bahawa ia akan “menutup sempadan, menghentikan gelombang jenayah, mengatasi kadar inflasi dan membuat pentadbiran Biden bertanggungjawab bagi segala “, lapor Sputnik.

Bulan lalu, Trump memberitahu New York Magazine bahawa beliau yakin boleh memenangi pilihan raya presiden 2024 jika memilih untuk bertanding semula.

Trump berkata beliau sudah membuat keputusan dan akan membuat pengumuman sebelum atau selepas pilihan raya pertengahan penggal pada November.

Menurut The Washington Post, Trump mungkin mengumumkan keputusannya untuk bertanding seawal September, memandangkan pengumuman awal boleh membantu parti Republikan menguasai Dewan Perwakilan AS dan Dewan Negara.

Undian semasa Presiden AS Joe Biden telah jatuh ke paras terendah di tengah-tengah inflasi yang melambung tinggi, harga bahan api semakin meningkat, kadar jenayah yang tinggi, dasar imigresen yang liberal, serta dasar luar yang agresif. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.