Sarawak mampu lahirkan angkasawan negara – Dr Sheikh Muszaphar

Spread the love

KUCHING, 7 Ogos : Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha percaya Sarawak juga mampu untuk melahirkan angkasawan negara yang seterusnya.

Ujar Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, beliau menaruh harapan tinggi kepada generasi muda di negeri ini untuk merealisasikan hasrat berkenaan.

Salah satu faktor yang memungkinkan perkara itu katanya ialah kerana pelajar Sarawak mempunyai keupayaan tinggi dalam penggunaan Bahasa Inggeris dan berupaya untuk berfikir di luar kotak.

“Oleh itu mereka sememangnya mempunyai kualiti yang baik dalam diri masing – masing.

“Kita cuma perlu memberikan mereka motivasi dalam pembelajaran untuk mengejar impian,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas hadir pada Majlis Penutupan Program MEITD MySTEM Innovation Challange Sarawak 2022.

Sebelum ini Malaysia melahirkan angkawasan buat kali pertama kali pada 2007 menerusi kerjasama dengan Rusia apabila negara itu bersetuju untuk menghantar seorang rakyat negara ini ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.