RM5.77 bilion untuk bina dan baiki institusi pendidikan di Sarawak

Spread the love

Kuching, 7 Ogos: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5.77 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi membangun dan menaik taraf sekolah serta institusi pendidikan di Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata usaha tersebut adalah bagi menjamin keselesaan dan kemudahan pendidikan generasi masa hadapan.

“Daripada 409 buah projek pembangunan baharu dan sambungan, sebanyak 111 buah projek kini siap sepenuhnya, 109 buah projek di peringkat pelaksanaan atau pembinaan dan 189 buah projek berstatus prabina,” kata Ismail Sabri ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di sini, hari ini.

Dalam pada itu tambah Perdana Menteri peruntukan sebanyak RM2.16 bilion juga turut disediakan bagi menampung 361 buah projek menaik taraf dan membangunkan semula sekolah yang mempunyai bangunan yang daif.

“Sebanyak 203 buah projek telah siap, 68 buah projek di peringkat pembinaan manakala bakinya dalam peringkat prabina.” jelasnya – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.