Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak siap 85 peratus

Spread the love

KUCHING, 7 Ogos : Projek Lebuh raya Pan Borneo (LPB) di Sarawak kini mencapai kemajuan sebanyak 85 peratus kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, projek infrastruktur bernilai RM16.1 billion itu dijangka siap pada suku pertama tahun depan.

“LPB berpotensi untuk memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi setempat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof.

Pada pukul 4 petang ini, Ismail Sabri dan Abang Johari akan menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan LPB Sarawak Seksyen Pujut WPC 11 di Miri. -TVS

 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.