Pan Borneo Seksyen Pujut WPC 11 dibuka secara rasmi

Spread the love

MIRI, 7 Ogos : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini merasmikan Pembukaan Lebuh raya Pan Borneo (LPB) Sarawak Seksyen Pujut WPC 11 di sini.

Seksyen berkenaan menghubungkan Persimpangan Lapangan Terbang Antarabangsa Miri ke Jalan Pujut Link.

Menurut Ismail Sabri, jajaran sepanjang 15.9 kilometer (km) ini merupakan projek di bawah Pakej Kontrak Kerja 14 (PC11) yang  bertujuan untuk mengurangkan kesesakan trafik serta menjimatkan masa perjalanan antara lapangan terbang berkenaan dan Kuala Baram.

“Projek ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM470 juta termasuk pembinaan jejambat Lapangan Terbang Miri dan jejambat Pujut Link dan dua buah jambatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini merasmikan Pembukaan Lebuh raya Pan Borneo (LPB) Sarawak Seksyen Pujut WPC 11 di sini. Foto Faitullah Morni (TVS)

“Projek ini memastikan pembangunan sosioekonomi yang lebih baik bagi dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Sarawak.

“Ia juga bakal menjadi pemangkin kepada kemajuan Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) bagi membolehkan Sarawak mencapai taraf negeri maju seperti yang dirancang,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Yang turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusuf.

Projek berkenaan mula dibina pada 1 November 2016 dan siap sepenunnya pada 2 Julai 2022. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.