Malaysia usir 19,234 PATI tahun ini

Spread the love

KUCHING, 7 Ogos : Seramai 19, 234 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah dihantar pulang ke negara masing-masing setakat Ogos tahun ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, daripada jumlah itu, PATI Indonesia merupakan jumlah tertinggi iaitu seramai 10,386 orang.

“Empat negara yang turut mencatatkan jumlah kemasukan tertinggi ialah Myanmar seramai 2,200 dan diikuti Vietnam dengan jumlah 1,500 orang. PATI Bangladesh pula seramai 1,334 dan Thailand lebih daripada 1,200.

“Bagaimanapun negara- negara yang dinyatakan ini secara kebetulannya merupakan negara yang menjadi sumber tenaga kerja asing di Malaysia,”katanya kepada TVS hari ini.

Dalam pada itu, Khairul Dzaimee juga memberitahu seramai 15,534 PATI masih ditahan di depot Imigresen seluruh negara bagi menyelesaikan dokumen urusan penghantaran pulang.

Beliau memberitahu, warganegara asing yang ingin memasuki Malaysia perlu mempunyai permit yang sah kerana jika tidak mereka boleh disiasat di bawah Perkara 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Ketika ini katanya rakyat dari 34 negara memerlukan visa untuk masuk ke Malaysia.

‘Jika mereka didapati tinggal lebih masa, ianya menjadi kesalahan di bawah Perkara 39 (b), Peraturan – Peraturan Imigresen. Dibawah perkara ini kompaun yang boleh dikenakan adalah RM1,000 sekiranya melebihi tempoh sebulan manakala maksimum RM3,000 jika sabit kesalahan,”katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.