Kami tunggu ‘wisel’ PRU15 – UMNO Sabah

Spread the love

TAWAU, 7 Ogos : UMNO Sabah hanya menunggu ‘wisel’ Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ditiup untuk mereka turun ke gelanggang menentang pihak lawan.

Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan berkata, partinya serta parti – parti di bawah Barisan Nasional (BN) juga sudah bersedia dari segenap aspek.

“Bagaimanapun untuk persoalan berapa banyak kerusi yang akan kita tandingi, itu kena tunggu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Karnival Kerjaya Perdana Daerah Tawau 2022 di Dewan Masyarakat Tawau di sini hari ini.

Sementara itu mengulas ‘desas- desus’ Perikatan Nasional (PN) akan menarik sokongan kepada kerajaan sedia ada, beliau berkata, perkara itu hanya khabar angin sahaja di media sosial sahaja. -TVS 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.