Enam projek sektor kesihatan dilaksanakan di Sarawak

Spread the love

KUCHING, 7 Ogos : Perdana Menteri berkata, Kerajaan Persekutuan sedang melaksanakan enam projek pembinaan hospital dan klinik di Sarawak bagi memantapkan perkhidmatan sektor kesihatan di negeri ini.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, projek berkenaan melibatkan tambahan bangunan, kelengkapan perubatan serta kuarters.

Perkembangan projek itu katanya menyaksikan Hospital Sri Aman telah berjaya disiapkan.

“Bagi lima projek lagi yang melibatkan kos sebanyak RM695.5 juta di Miri, Mukah, Kuching dan Serian, dijangka siap pada tahun depan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Sarawak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sementara itu, tambah Ismail Sabri, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) juga turut menyediakan peruntukan sebanyak RM13.4 bilion bagi pembangunan prasarana di sini.

“Ini bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia Sarawak,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.