Dua maut akibat panahan petir berhampiran Rumah Putih

Spread the love
KUCHING, 7 Ogos : Dua maut manakala dua lagi cedera parah akibat dipanah petir berhampiran Rumah Putih di Washington pada Khamis lepas.

Menurut Reuters, kejadian itu berlaku semasa ribut petir kuat melanda kawasan berkenaan ketika itu.

Tragedi tersebut berlaku di sebuah taman kecil di Dataran Lafaytte Washington pada pukul 7 malam waktu tempatan.

Taman awam seluas tujuh ekar itu sering sesak dengan pengunjung, terutamanya pada musim panas.

Jurucakap Rumah Putih, Karine Jean – Pierre meluahkan rasa sedih berhubung kejadian itu. Katanya, Rumah Putih dan kawasan itu sepatutnya menjadi ‘rumah rakyat’ yang boleh dinikmati oleh semua orang.

Selepas dipanah petir, kesemua mangsa segera dibawa ke hospital berkenaan namun dua daripada meninggal dunia.

Pihak berkuasa kemudian mengesahkan mangsa yang maut merupakan pasangan suami isteri warga emas berusia dalam lingkungan umur 70-an.
Mereka berasal dari Wisconsin dan difahamkan datang melawat Rumah Putih.

Saintis sebelum ini memberi amaran bahawa perubahan iklim boleh meningkatkan kejadian ‘serangan’ kilat di seluruh Amerika Syarikat. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.