Aiman Group serah bantuan kepada golongan memerlukan

Spread the love

KOTA SAMARAHAN, 7 Ogos : Program Jelajah Asnaf 2022 anjuran Aiman Group menyasarkan untuk membantu golongan memerlukan di sembilan buah kampung.

Pengarah Urusannya, Zetty Fazilla Mohammad berkata, bagi menjayakan program berkenaan, pihaknya turut bekerjasama dengan Tabung Baitulmal Sarawak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak.

Katanya, siri jelajah berkenaan merupakan program kali pertama dianjurkan syarikat berkenaan dan bakal diteruskan di seluruh Sarawak.

“Pada program ini, kami bersama rakan strategik menyerahkan barangan makanan bernilai RM150 dan RM50 kepada keluarga yang dikenal pasti layak menerima bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program itu yang berlangsung di Aiman Mall, di sini hari ini.

Katanya penduduk yang menerima bantuan terdiri dipilih dari beberapa kawasan termasuklah Kampung Pinang, Kampung Niup dan Kampung Muara Tuang.

Sementara itu beliau memberitahu, program berkenaan akan diteruskan di seluruh negeri selepas ini apabila pihaknya merancang meluaskan inisiatif sama di Gedong.

“Berhubung kriteria pemilihan penerima, pihak kami telah bekerjasama dengan Penghulu Kampung untuk mengenal pasti keluarga yang memerlukan bantuan,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.