TERKINI: ATM tingkatkan jumlah anggota dan aset di Bintulu

Spread the love

KUCHING, 6 Ogos : Kementerian Pertahanan akan meningkatkan keberadaan anggota dan asetnya di Bintulu dalam masa terdekat.

Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Hishammuddin Hussein berkata, perancangan ini bagi membolehkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk meningkatkan keupayaan pertahanan udara dan maritim.

“Ini sekaligus memastikan instalasi strategik negara di perairan Sarawak terus terpelihara daripada sebarang ancaman,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Hishammuddin pagi tadi mengadakan kunjungan hormat bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi membincangkan isu keselamatan di Sarawak.

Berita lanjut menyusul. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.