Sukan Komanwel : Dhabitah dan Wendy hadiahkan perak di kolam renang

Spread the love

BIRMINGHAM, 6 Ogos : Gandingan negara, Nur Dhabitah Sabri-Wendy Ng Yan Yee menghadiahkan pingat kedua bagi skuad terjun negara apabila merangkul pingat perak pada acara 3 meter papan anjal seirama di temasya Sukan Komanwel 2022 Birmingham di sini, hari ini.

Penerjun negara itu mengumpul sejumlah 299.85 mata untuk muncul naib juara di Pusat Akuatik Sandwell.

Jumlah markah dikumpul oleh mereka agak jauh daripada juara, Maddison Keeney-Anabelle Luce Smith apabila gandingan Australia itu menawan acara itu dengan jumlah kutipan 316.53 mata manakala pingat gangsa menjadi milik pasangan Kanada, Margo Claire Erlam-Mia Jolie Doucet Vallee. dengan 297.00 mata.

.Bercakap kepada pemberita, Wendy, berkata beliau teruja dan gembira mendapatkan pingat pertama selepas menyertai tiga edisi temasya sukan itu sebelum ini.

“Saya sangar syukur dan berbangga mempunyai Nur Dhabitah sebagai pasangan saya dan kami amat bangga dengan diri sendiri,” katanya.

Nur Dhabitah pula tidak menyangka mereka mampu muncul sebagai pasangan kedua terbaik dalam acara tersebut.

“Prestasi kami sangat ‘kaw-kaw’ hari ini, malah tak macam ini pun di Kejoahanan Akuatik Dunia di Budapest bul;an lalu,” katanya.

Nur Dhabitah-Wendy yang mula digandingkan buat pertama kali dalam tempoh lebih setahun hanya mengumpul 282.45 mata untuk menghuni tempat keenam di kejohanan dunia itu di Hungary.

Susulan pencapaian tersebut, Nur Dhabitah berharap rakyat Malaysia akan terus memberi sokongan kepada mereka dalam usaha menamatkan misi mereka  dengan cemerlang di sini.

Beliau akan kembali semula lewat hari ini bersama ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dalam acara10m platform seirama wanita.

Semalam, gandingan Muhammad Syafiq Puteh-Gabriel Gilbert Daim menyumbang pingat pertama dari skuad terjun negara apabila meraih pingat perak bagi acara 3 meter papan anja seirama lelaki. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.