Sarawak mampu jadi destinasi untuk sukan pemotoran lasak – Dr. Sim

Spread the love

KUCHING, 6 Ogos : Sarawak mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai salah satu destinasi bagi sukan permotoran lasak menerusi penganjuran Rally Borneo.

Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, dengan keluasan serta keunikkan bentuk muka buminya, Sarawak mampu menawarkan cabaran dan pengalaman unik kepada peminat sukan pemotoran terbabit.

“Keunikan Rally Borneo ini kita mempunyai jaringan jalan lebuhraya utama, trek-trek hutan yang antara lain akan merentasi gunung dan sungai selain dapat menikmati kepelbagaian biodiversiti yang terdapat di negeri ini,

“Pengalaman yang dimiliki oleh syarikat Pemotoran dari Austria KTM sportsmotorcycle AG ketika menyertai perlumbaan Rally Dakar dapat di dimanfaatkan bagi penganjuran Rally Borneo di masa hadapan.

“Ambil peluang serta cabaran itu dan gabungkannya dengan KTM dan kebetulan pula Orang Utan kita memiliki warna yang hampir sama dengan KTM jadikannya sebagai hak cipta anda sebelum orang lain mengambil idea itu,” katanya ketika melancarkan bilik pameran KTM di Kota Sentosa di sini pada Jumaat.

Tambah Dr. Sim selari dengan dasar ekonomi hijau, Sarawak bakal menjadi perintis di rantau ini dalam membangun seterusnya menghasilkan bahan api bebas karbon berasaskan hidrogen.

Justeru beliau mahu pemain industri terutama sektor pemotoran untuk merebut peluang tersebut dengan menghasilkan kenderaan yang berupaya menggunakan bahan api berkenaan.

“Saya berharap KTM dapat memulakan usaha menghasilkan motosikal berkuasa hidrogen kerana Sarawak akan dapat mengeluarkan kira-kira 100,000 tan metrik bahan api rendah karbon berasaskan hidrogen, dalam tempoh dua tahun akan datang iaitu menjelang 2024,” katanya.

Jumlah itu menurutnya mencukupi untuk menampung kegunaan tenaga domestik serta bagi tujuan eksport.

“Dengan ekonomi hijau ini kita dapat mengembalikan semangat cintakan alam semulajadi dan pada masa sama kita tidak mahu menjadi penyumbang kepada masalah pemanasan Global,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.