MSU santuni masyarakat, rai matlamat pembangunan mampan

Spread the love

KUCHING, 6 Ogos : Management and Science University (MSU) Sarawak menganjurkan program My City Community (MYCC 2022) untuk memberi pendedahan mengenai pembangunan mampan kepada masyarakat.

Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dato’ Wira Dr Mohd Shukri Yajid berkata, menerusi program MYCC 2022, pihaknya berharap hubungan di antara universiti dengan masyarakat dapat dieratkan

Katanya, MYCC 2022 melaksanakan empat dari 17 kategori pembangunan mampan seperti ditetapkan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) 2015.

“Hari ini, kita laksanakan Good health and well-being for people, Quality education, Sustainable cities and communities, dan Partnerships for the goals.

“InsyaAllah keempat – empat teras ini menunjukkan kita menyokong usaha-usaha PBB dan saya bangga dengan usaha yang telah dilakukan pada hari ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program anjuran MSU Sarawak di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Program, Fadzim Aiman Jalani memberitahu, program anjuran MSU ini urut menyantuni golongan memerlukan yang terutamanya B40 di 20 buah kampung di sekitar Kuching di bawah program MSU Care.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Program, Esther Sheraev Jeffery menyuarakan rasa bangga dengan kelancaran program yang julung kalinya diurus tadbir oleh pelajar MSU.

Ini dilihat dapat menjadi landasan terbaik dan pendedahan berguna buat pelajar untuk menguruskan sesuatu acara pada masa depan katanya.

“Persiapan ini membuatkan kami tidak tidur malam.

“Apapun kami telah menjayakan program ini dengan sebaiknya dengan pasukan yang amat membantu,”katanya. -TVS

 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.