Jawatankuasa Pengurusan Bencana diaktifkan di Sabah, Sarawak susulan amaran hujan berterusan – NADMA

Spread the love

KUALA LUMPUR, 6 Ogos : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri serta Daerah di Sabah dan Sarawak telah diaktifkan, dan diarahkan supaya meningkatkan tahap kesiapsiagaan, susulan amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi catatan di Facebook memaklumkan arahan itu dikeluarkan susulan Amaran Hujan Berterusan Waspada (Kuning) dikeluarkan MET Malaysia untuk beberapa kawasan di Sarawak iaitu Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Baca lagi > > > Amaran ribut petir dan angin kencang di utara Sarawak – MetMalaysia

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 11 malam tadi turut melibatkan Labuan serta beberapa kawasan di Sabah iaitu Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat dan Kudat.

Pemantauan kawasan berisiko berlaku banjir oleh PDRM Bintulu
Pemantauan kawasan berisiko berlaku banjir oleh PDRM Bintulu. Foto: PDRM Bintulu

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah telah diarah untuk diaktifkan, dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana terutama di kawasan yang berisiko tinggi.

“NADMA melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal,” menurut catatan itu. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.