Hampir 600 ribu pelancong ke Sarawak setakat Jun lepas – Abdul Karim

Spread the love

KUCHING, 6 Ogos : Sarawak merekodkan peningkatan kemasukan pelancong ke negeri ini sebanyak 785 peratus sehingga Jun lepas berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini berdasarkan rekod  seramai 573,619 orang pengunjung melancong di negeri ini berbanding hanya 64,000 orang untuk tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya, kemasukan itu ‘membawa bersama’ pendapatan sebanyak RM1.3 bilion berbanding RM321 juta pada tempoh sama setahun sebelum itu.

“Terdapat peningkatan sebanyak 766 peratus pendapatan yang dijana dan ini hanya setakat pertengahan tahun.

“Kamu boleh bayangkan sehingga penghujung tahun ini, jumlah tersebut mungkin akan bertambah berkali ganda,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Pelancaran Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sarawak, di sini hari ini.

Tambah Karim, untuk tahun ini Sarawak mensasarkan untuk mencatat jumlah kedatangan pelancong sebanyak 1.2 juta orang dan pihaknya yakin mampu mencapai sasaran itu. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.