Cinta ditolak, lelaki serang bekas teman wanita dengan parang di Sibu

Spread the love

SIBU, 6 Ogos : Berang akibat cinta ditolak, seorang lelaki dipercayai bertindak di luar kawalan apabila mencederakan bekas teman wanitanya menggunakan parang.

Dalam kejadian Isnin lepas di Jalan Teng Kung Suk, suspek berumur 48 tahun itu pergi ke bilik sewa wanita itu pada pukul 7.30 petang dalam keadaan ‘marah – marah’.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, suspek kemudian menendang pintu bilik dan terus mengacukan sebilah parang ke arah mangsa yang berusia 35 tahun itu.

“Suspek mengugut untuk membunuh mangsa menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka berdua,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Zulkipli berkata, akibat pergelutan itu mangsa mengalami luka dan lebam di bahagian tangan dan belakang badan.

“Mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu dan membuat laporan polis pada pukul 1 petang, Khamis lepas,”katanya.

Beliau memberitahu, polis berjaya menahan suspek di sebuah kawasan kediaman tiga jam selepas laporan dibuat.

“Suspek telah direman selama empat hari bermula hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dengan parang dan ugutan jenayah,” tambah beliau. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.