Beberapa kawasan di Batu Niah mula dilanda banjir

Spread the love

BATU NIAH, 6 Ogos : Jalan masuk ke Saeh Merah dan Saeh Putih di sini dilaporkan ditenggelami air sedalam satu kaki berikutan hujan lebat berterusan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BB) Batu Niah, Pegawai Bomba Tinggi Rary Binjie berkata, sehubungan itu pihaknya menasihatkan penduduk di lima kawasan berhampiran supaya berwaspada menghadapi sebarang kemungkinan.

Katanya, setakat ini laluan yang ditenggelami air itu masih boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

“Kawasan yang berisiko ialah Rumah Panjang Ayai Sawing, Rumah Panjang Linan Jalak, Rumah Empat Bakar, Rumah Limbang Kanyan dan Rumah Jelani,”katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Katanya, kawasan halaman Rumah Panjang Ayai Sawing juga ditenggelami air sehingga dua kaki manakala kawasan halaman Rumah  Jelani sudah pulih.

Manakala tiga buah rumah panjang katanya iaitu Linan Jala, Empat Bakar dan Limbang Kanyan tidak terjejas.

“Trend air (turun naik) didapati stabil setakat pukul 12.30 tengah hari tadi namun cuaca masih mendung dan hujan renyai-renyai,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam sentiasa memantau keadaan air di sekitar kawasan mereka. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.