TERKINI : Bonnie Bunyau hadiahkan emas keempat Malaysia Sukan Komanwel 2022

Spread the love

KUCHING, 5 Ogos : Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin menepati ramalan apabila berjaya meraih pingat emas keempat Malaysia di Sukan Komanwel 2022.

Menurut laman web rasmi Sukan Komanwel Birmingham 2022, atlet kelahiran Sarawak itu turut mencipta rekod baharu kejohanan selepas melakukan tiga angkatan.

Atlet powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin berjaya melakukan angkatan seberat 220kg bagi kategori Lelaki Lightweight Akhir semasa Sukan Komanwel Birmingham 2022 di National Exhibition Centre pada Khamis. Foto Bernama.

Pada percubaan pertama, atlet berusia 23 tahun itu berjaya melakukan angkatan 210, diikuti 216 dan menamatkan dengan 220 untuk memungut mata keseluruhan 154.6 kg.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2022 itu meninggalkan atlet tuan rumah, Mark Swan yang berpuas hati dengan pingat perak selepas melakukan catatan keseluruhan 145.5 kg.

Atlet Nigeria, Innocent Nnamdi pula membawa pulang gangsa dengan catatan 132.5 kg. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.