Lelaki bawa senapang angin ditahan depan rumah panjang di Pakan

Spread the love

JULAU, 5 Ogos : Seorang lelaki yang membawa senapang angin buatan sendiri tanpa lesen ditahan polis di hadapan sebuah rumah panjang di Pakan, dekat sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP) Andam Sulin berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditahan menerusi Op Laras yang dilancarkan pihaknya pada pukul 10.30 pagi.

Katanya, sejurus ditahan, polis memeriksa kereta Proton Wira berwarna putih yang dipandu suspek dan menemui selaras senapang angin dipercayai buatan sendiri yang disimpan dalam bonet kereta.

“Berdasarkan siasatan, suspek mengaku senapang itu miliknya yang digunakan untuk tujuan memburu haiwan di kawasan hutan berhampiran,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tanpa lesen atau permit. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.