Kejayaan Bonnie dan Mohd Adib suntik semangat atlet para Sarawak – Fatimah

Spread the love

KUCHING, 5 Ogos : Kejayaan dua atlet para Sarawak Bonnie Bunyau Gustin dan Mohd. Adib Iqbal Abdullah meraih pingat emas di Sukan Komanwel 2022 dan Sukan Para ASEAN telah menyuntik semangat atlet para negeri ini untuk memburu kejayaan serupa dan mengharumkan nama Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kejayaan mereka berdua juga akan memberi inspirasi kepada atlet para Sarawak yang bakal bertanding di Para SUKMA 2022 pada November depan.

Sambil mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian itu, Fatimah berkata, beliau turut terharu kerana atlet Sarawak berterusan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia seperti dilakukan oleh Bonnie dan Mohd. Adib.

Baca lagi > > > TERKINI : Bonnie Bunyau hadiahkan emas keempat Malaysia Sukan Komanwel 2022

Baca lagi > > > Kejayaan Bonnie rangkul emas di Birmingham banggakan negara – Ismail Sabri

“Hari ini saya menerima dua berita tentang pencapaian hebat atlet OKU Sarawak dalam bidang sukan. 

“Kejayaan mereka pasti menyuntik semangat atlet-atlet para lain untuk mencapai sasaran kontinjen Sarawak muncul juara pada Para SUKMA 2022,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Semalam, Bonnie Bunyau mencipta sensasi di Birmingham apabila meraih emas dan memecahkan rekod kejohanan.

Pada Selasa lepas, Mohd. Adib juga tidak kurang hebat apabila meraih pingat emas acara renang 50m kuak dada pada Sukan Para ASEAN (APG), di Solo, Indonesia. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.