Bot nelayan terbakar, 20 kru selamat

Spread the love

MERSING, 5 Ogos : Sebuah bot nelayan terbakar di perairan Kuala Endau, Pahang, semalam (Khamis), namun kesemua 20 orang kru bot tersebut selamat.

Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata kebakaran itu berlaku pada pukul 9.30 malam, di kedudukan 13.7 batu nautika timur laut Kuala Endau.

Susulan itu, bot ronda kelas Perkasa telah diarahkan ke lokasi dan mendapati kesemua mangsa yang merupakan warga Laos itu telah diselamatkan oleh bot nelayan tempatan yang berada berhampiran.

“Semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke Pos Maritim Teluk Gading untuk diserahkan kepada majikan mereka, yang juga pemilik bot yang terbakar itu.

“Menurut mangsa, kejadian dipercayai berpunca daripada kebakaran di bahagian enjin sebelum ia mula merebak ke semua bahagian bot,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.