Amaran ribut petir dan angin kencang di utara Sarawak – MetMalaysia

Spread the love

KUCHING, 5 Ogos : Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama dan kedua) telah dikeluarkan di perairan Laut China Selatan bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan, keadaan ini berlaku disebabkan suatu sistem cuaca tekanan rendah di barat Filipina dijangka bergerak menuju ke Vietnam antara Jumaat hingga Ahad. 

“Keadaan ini berpotensi membawa angin baratan yang kuat dan boleh menyebabkan kejadian garis badai yang akan membawa bersama hujan lebat, ribut petir dan angin kencang.

“Kawasan yang dijangka menerima tempias ialah di utara Sarawak (Bintulu, Miri dan Limbang), barat Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam tempoh tersebut,” jelas MET Malaysia menerusi kenyataan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.