Warga asing sembunyi dadah bawah tilam di hotel Mukah

Spread the love

MUKAH, 4 Ogos : Taktik seorang warga asing menyembunyikan dadah di bawah tilam untuk ‘membuktikan’ dia tidak terlibat dengan kegiatan penagihan tidak berhasil apabila polis berjaya menemui bahan terlarang itu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, suspek yang berusia 47 tahun itu ditahan menerusi serbuan Op Tapis di sebuah hotel di Jalan Setiaraja, pukul 10.54 pagi semalam.

Katanya,hasil pemeriksaan di bawah tilam dalam sebauh bilik, polis menemui satu paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat kasar 0.17 gram bernilai RM50.

“Kesemua barang dirampas dan suspek yang bekerja sebagai mekanik itu kemudiannya dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media.

Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati suspek mula terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah sejak Mei lepas.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.