Hanya satu kematian jemaah haji Malaysia direkodkan

Spread the love

KUCHING,4 Ogos : Hanya satu kematian membabitkan jemaah Malaysia direkodkan pada musim haji tahun ini.

Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, angka berkenaan merupakan kes kematian terendah berbanding musim sebelumnya.

“Saya difahamkan punca kematian ialah disebabkan oleh masalah jantung bukan kerana jangkitan COVID -19,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji Sarawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Telekomunikasi dan Utiliti Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Seramai 141 jemaah haji Sarawak tiba di KIA dengan pesawat Malaysia Airlines pada pukul 5.35 petang tadi manakala bakinya pada petang esok.

Mengulas lanjut, beliau berkenaan jemaah yang meninggal itu bukan berasal dari negeri ini.

“Saya difahamkan kesemua jemaah Sarawak dijadual pulang hari ini dan esok ,”katanya.

Ditanya tentang faktor kematian rendah itu, Azman memberitahu ianya mungkin disebabkan oleh syarat ketat diletakkan oleh Kerajaan Arab Saudi terhadap pemilihan para jemaah.

“Mereka mengutamakan golongan muda dan yang tidak mempunyai penyakit kronik,”katanya.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.