Cubaan seleweng minyak diesel bernilai RM 197,120 di Mukah digagalkan polis marin

Spread the love

MUKAH, 4 Ogos : Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sibu berjaya menumpaskan cubaan menyeleweng minyak diesel bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM197 120.

Ketua Polis Mukah Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhammad Rizal Alias berkata, menerusi pemeriksaan pada Selasa lepas di tapak milik sebuah syarikat di Jalan Sibu – Bintulu, PPM turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun.

Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat dua buah tangki besi simpanan minyak bernilai RM20,000 yang mengandungi 44,000 liter minyak diesel.

“Sehubungan itu suspek ditahan kerana memiliki, menyimpan dan membawa barang kawalan iaitu minyak diesel tanpa kebenaran khas daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),”katanya menerusi kenyataan media.

Beliau memberitahu, kesemua barang rampasan dan tangkapan diserah kepada  KPDNHEP Sibu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.