Cubaan seleweng 2,000 liter minyak diesel gagal

Spread the love

BUKIT MERTAJAM, 4 Ogos : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menggagalkan cubaan menyeleweng minyak diesel ketika menyerbu sebuah stesen minyak di Jalan Baru di sini semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang, A. Mogan berkata, operasi kira-kira pukul 6 petang itu membabitkan empat pegawai penguatkuasa menyasarkan sebuah lori dua tan yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, seorang lelaki didapati sedang leka mengisi minyak diesel ke dalam sebuah tong berkapasiti 2,500 liter yang diubahsuai di bahagian belakang lori.

“Dua lelaki warga tempatan iaitu pemandu lori dan pembantu telah ditahan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kira-kira 2,000 liter minyak diesel telah diisi ke dalam tong yang diubahsuai itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mogan berkata, pihaknya merampas tong minyak diesel berkenaan bersama motor pam elektrik dan hos paip yang dianggarkan bernilai RM17,000 bagi siasatan lanjut.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.