Tun Taib terima kunjungan hormat Hakim Besar Sabah dan Sarawak

Spread the love

KUCHING, 3 Ogos : Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud hari ini menerima kunjungan hormat daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.

Kunjungan oleh Abang Iskandar itu bertujuan untuk menyampaikan makluman ringkas mengenai hal ehwal kehakiman di Sarawak.

Selain itu, beberapa isu berkaitan kehakiman yang menyentuh Perlembagaan Persekutuan termasuk pelantikan hakim dan sebagainya turut dimaklumkan kepada Tun Abdul Taib.

Pertemuan positif yang berlangsung selama 30 minit itu diakhiri dengan sesi bergambar. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.