Ragbi perempuan dipertandingkan pada Kejohanan Ragbi MRSM Sarawak

Spread the love

MUKAH, 3 Ogos : Kejohanan Ragbi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Zon Sarawak bakal menyaksikan kategori perempuan bakal dipertandingkan buat kali pertama kali pada 5 hingga 7 Ogos 2022 ini nanti.

Penasihat Kelab Ragbi MRSM Mukah, Safwan Razali berkata, kejohanan tahun ini istimewa kerana kebiasaannya hanya ragbi sentuh lelaki dipertandingkan.

“Pada kali ini, seramai 90 pemain bakal berkampung di Mukah yang membarisi tiga pasukan yang menyertai kejohanan,” katanya kepada pemberita.

Ujarnya setiap pasukan akan menghantar seramai 30 pemain lelaki dan perempuan iaitu terdiri daripada MRSM Mukah, MRSM Betong dan MRSM Kuching.

“Untuk rekod, MRSM Mukah merupakan pasukan ragbi bawah 18 tahun terdapat di sini dan mereka aktif menyertai pelbagai kejohanan.

Pada 2018, Mukah pernah menjuarai Fork Cup.

Untuk peringkat seterusnya pasukan yang berjaya akan mewakili  Sarawak di peringkat kebangsaan yang berlangsung di MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang pada 3 hingga 5 September 2022.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.