Premier Sarawak tolak iklan sambutan hari jadi di akhbar

Spread the love

KUCHING, 3 Ogos : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap agar rakan-rakan beliau tidak membeli iklan di surat khabar untuk mengucapkan selamat hari ulang tahunnya yang ke-72 esok.

Menurut kenyataan Pejabat Premier Sarawak, Abang Johari menghargai niat murni berkenaan namun beliau tidak mahu rakan-rakan dan orang ramai berbelanja untuk iklan sedemikian.

 Ujar kenyataan itu, saranan berkenaan diberikan memandangkan keadaan sukar ekonomi semasa di samping keperluan untuk membendung inflasi.

 Pada tahun lepas, permintaan sama turut dilakukan oleh Abang Johari apabila beliau menyarankan peruntukan untuk membeli iklan mengucapkan selamat hari lahir kepadanya disalurkan kepada Tabung Amanah Bencana COVID-19 Negeri.

Abang Johari dilahirkan pada 4 Ogos 1950 di Limbang, Sarawak dan merupakan anak kepada Gabenor pertama negeri, Tun Datuk Abang Openg Abang Sapiee. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.