KFF catat 200,000 pengunjung minggu pertama

Spread the love

KUCHING, 3 Ogos : Seramai 200 000 pengunjung telah hadir pada minggu pertama Kuching Festival And Food Fair 2022 (KFF) yang sedang berlangsung di perkarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng berkata, sambutan menggalakkan ini menunjukkan sokongan rakyat tempatan dan pelancong asing terhadap makanan dan budaya di Sarawak.

Ujar beliau, pesta berkenaan gastronomi ini dipilih bagi mengeratkan hubungan masyarakat di sebalik perbezaan demografi.

“Selain itu, ianya juga bertujuan untuk menyatukan komuniti perniagaan dan idea kreatif,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Pembukaan Kuching Festival Fair 2022 semalam.

Dalam pada itu, KFF 2022 juga mahu meraikan Bandar raya Kuching yang telah diiktiraf sebagai Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO pada November lalu.

Tambah Wee, beliau berbangga kerana pengunjung yang hadir masih menitikberatkan prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka sambil menikmati pesta tersebut.

“Ini menunjukkan mereka terus komited menggutamakan keselamatan orang sekeliling meskipun telah memasuki fasa endemik”, katanya.

Kuching Festival Fair 2022 bermula pada 29 Julai sehingga 21 Ogos ini.

Sebanyak 327 gerai makanan dibuka yang menyajikan pelbagai hidangan istimewa merangkumi makanan tradisional dan antarabangsa.- TVS

Tags: #bm, bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.