Ketegangan Selat Taiwan : Thailand gesa elak provokasi

Spread the love

BANGKOK, 3 Ogos : Thailand menggesa semua pihak mengelak mengambil sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan dan menyelesaikan perselisihan secara aman susulan  ketegangan yang memuncak di selat Taiwan selepas lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan dan Jurucakap Kementerian Luar Tanee Sangrat berkata Thailand mengikuti rapat perkembangan terkini berhubung situasi di selat itu.

“Thailand berpegang teguh kepada Dasar Satu China. Kami tidak mahu melihat sebarang tindakan yang akan memburukkan lagi situasi dan menjejaskan keamanan serta kestabilan di rantau ini.

“Kami berharap semua pihak yang terlibat dapat mematuhi undang-undang antarabangsa dan mengamalkan prinsip menghormati kedaulatan dan integriti wilayah, serta menyelesaikan pertikaian secara damai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketegangan meningkat di selat Taiwan dengan China, AS dan Taiwan meningkatkan penempatan tentera di rantau itu selepas lawatan Pelosi.

Pelosi merupakan ahli politik AS berpangkat tertinggi yang melawat Taiwan dalam tempoh 25 tahun.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.