Ketegangan Selat Taiwan : Indonesia suarakan kebimbangan

Spread the love

JAKARTA, 3 Ogos : Indonesia menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan persaingan antara kuasa-kuasa besar selepas Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi melawat Taiwan.

Jurucakap Kementerian Luar Teuku Faizasyah berkata perkembangan situasi terkini memberi implikasi serius terhadap keamanan dan kestabilan serantau jika tidak diurus dengan baik.

“Indonesia menyeru semua pihak supaya tidak melakukan sebarang tindakan provokasi yang mungkin memburukkan lagi keadaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Faizasyah, dunia memerlukan kebijaksanaan dan tanggungjawab semua pemimpin demi memastikan keamanan dan kestabilan terus terpelihara.

Indonesia juga terus menghormati dasar ‘Satu China’, katanya.

Pelosi tiba pada Selasa, sekali gus menjadikan beliau pegawai tertinggi AS pertama melawat Taiwan dalam tempoh 25 tahun.

Bagaimanapun, China membantah sekeras-kerasnya lawatan Pelosi.

Media melaporkan Beijing telah memulakan latihan ketenteraan di perairan utara, barat daya dan tenggara Taiwan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.