Dana Kekayaan Berdaulat untuk generasi pelapis Sarawak – Abang Johari

Spread the love

LIMBANG, 3 Ogos : Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pembentangan Undang-Undang Dana Berdaulat Sarawak pada November ini bertujuan untuk memastikan masa depan yang lebih terjamin untuk Sarawak.

Ujar Premier Sarawak itu, penubuhannya kelak juga akan memastikan masa depan Sarawak untuk generasi mudanya.

“Ini menyusul selepas pelbagai inisiatif kerajaan negeri termasuk pemberian Biasiswa Ibnu Khaldum kepada pelajar Sarawak yang dilihat mampu melahirkan intelek dan ilmuan Islam mempunyai pengetahuan tinggi,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Surau Darul Ehsan Tun Abang Haji Openg di Kampung Bunga Raya, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau,Paulus Palu Gumbang.

Sementara itu, Abang Johari yang akan menyambut hari lahirnya di sini esok yang merupakan kampung halamannya turut memberitahu, beliau terharu kerana dijemput merasmikan surau berkenaan.

“Ini sebagai hadiah terbesar kepada saya dan keluarga,”katanya.

Sementara itu, Abang Johari berkata, Sarawak akan mencapai segala perancangan dengan adanya kepimpinan yang berakhlak, berpengetahuan tinggi dan mempunyai pegangan agama yang baik.

Katanya, ini selaras dengan modul Piagam Madinah yang menjadi asas kepada pentadbiran Sarawak yang menekankan integriti dan adil kepada semua rakyatnya.

“Ini akan mampu menjadikan Sarawak sebagai wilayah yang maju di negara ini,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.