Dadah lebih RM1.88 juta dirampas di Sabah

Spread the love

KOTA KINABALU, 3 Ogos : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya merampas dadah jenis methamphetamine seberat 52.463 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai lebih RM1,888,668 juta.

Rampasan itu dilakukan selepas JKDM Sabah menyerbu sebuah rumah di bandar raya ini pada Khamis minggu lepas.

Ketua Pengarah Kastam, Dato Zazuli Johan berkata, dalam serbuan pada pukul 12.12 tengah hari itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan yang tidak mempunyai rekod pekerjaan.

“Sebelum serbuan, JKDM Sabah telah melakuan risikan selama dua bulan.

“Dadah yang dirampas ini dipercayai untuk diedarkan di Sabah dan kawasan luar,”katanya pada sidang media di sini hari ini.

Zazuli berkata rumah berkenaan dipercayai dijadikan ‘makmal’ untuk membungkus bahan yang disyaki dadah ke dalam plastik teh sebelum diedar.

“Bahan terlarang yang disyaki dadah disimpan di dalam peralatan elektrik dapur yang telah diubah suai bagi mengaburi pemeriksaan pihak berkuasa” katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.