Sarawak jangka kemasukan 200,000 pelancong Brunei

Spread the love

MIRI, 2 Ogos : Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak mensasarkan kemasukan seramai 200,000 pelancong dari Brunei ke negeri ini dalam tempoh lima bulan selepas pembukaan sempadan antarabangsa negara itu.

Timbalan Menterinya, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, beliau yakin sasaran itu mampu dicapai atas beberapa faktor.

Kata beliau, sebelum ini pelancong Brunei masuk ke Sarawak termasuk untuk urusan peribadi selain melawat saudara mara mereka di sini.

“Pembukaan sempadan ini sudah semestinya akan memberikan banyak manfaat kepada Sarawak membabitkan sektor pelancongan serta kegiatan ekonomi,”katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu beliau memberitahu, sebelum pandemik COVID-19, Sarawak merekodkan kemasukan lebih sejuta pelancong dari Brunei.

Berhubung usaha merancakkan lagi sektor pelancongan Sarawak khususnya di Miri, beliau memberitahu pelbagai aktiviti dirancang untuk menarik pelancong domestik dan antarabangsa.

“Antaranya termasuklah Miri Country Music Festival yang akan berlangsung di Eastwood Valley Golf and Country Club pada 25 hingga 26 November depan,” katanya. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.