PPTEL perkenalkan ‘irix’ sebagai identiti jenama korporat baharu

Spread the love

KUCHING, 2 Ogos 2022: PP Telecommunication Sdn. Bhd. hari ini memperkenalkan identiti jenama korporat baharunya, “irix”, sejajar dengan transformasi yang sedang dijalankan di seluruh organisasi.

Ketua Pegawai Eksekutif irix, Dr. Jonathan Smith berkata, ‘irix’ diilhamkan dengan visi bahawa apa yang kita lakukan hari ini adalah menghubungkan Sarawak dengan dunia.

“Dunia yang kita diami hari ini adalah dunia secara maya tiada sempadan. Metamesta teknologi, kecerdasan buatan dan realiti maya yang pernah diperkatakan sebagai fantasi kini menjadi realiti.

“irix” akan memainkan peranan besar dalam membantu rakyat Sarawak dan Borneo untuk terus seiring dengan dunia,” katanya di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. 

 Dr. Smith menjelaskan bahawa penjenamaan semula organisasinya adalah salah satu daripada beberapa langkah yang diambil oleh irix untuk memastikan kejayaan projek pembinaan telekomunikasi antarabangsanya dan seterusnya merealisasikan hasrat organisasi itu untuk mengembangkan visinya sebagai sebuah hab ekonomi dan komunikasi serantau alternatif di Asia Tenggara.

Penjenamaan semula ini juga adalah bertujuan untuk menyatukan komunikasinya kepada orang ramai dan pelanggannya serta bagi memudahkan kedudukannya sebagai agen ketersambungan global bagi Sarawak dan Borneo.

Untuk itu, semua tawaran “irix” akan disatukan termasuk rangkaian kabel dasar laut dan daratan, pusat data Tahap IV, pertukaran internet (IX) dan perkhidmatan termasuk IP Transit, DIA dan IPLC.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran irix, Dominick Siddle menjelaskan jenama koporat ataupun logo baharu itu merangkumi tiga aspek penting dalam visi orgagnisasi iaitu, Iris , hijau dan biru. 

Beliau menjelaskan bahawa “irix” diilhamkan dari metodologi Yunani, dimana ianya diambil sempena nama “Dewi Komunikasi/perhubungan”. 

Menjelaskan lebih lanjut warna yang digunakan, beliau berkata hijau menandakan komitmen irix sebagai syarikat mesra alam. 

Pusat Data irix di Santubong telah diperakui sebagai pusat Data Tahap IV dan mempunyai penarafan Kecekapan Penggunaan Kuasa di bawah 1.3. 

Ini melayakkannya sebagai Pusat Data Hijau, dan ia adalah salah satu pusat data paling cekap tenaga di rantau ini. 

Warna biru pada logo irix pula melambangkan kabel dasar laut BaSICS yang dimiliki oleh irix yang memainkan peranan yang cukup penting dalam menghubungkan Sarawak dan Borneo dengan dunia.

“Memandangkan Sarawak mempunyai rancangan berani untuk mendigitalkan ekonominya, perkara-perkara asas adalah diperlukan dalam merealisasikan rancangan tersebut. irix akan mempermudahkan rancangan itu, serta menjadi pintu masuk ke Borneo.”

“irix ialah visi, visi untuk masa depan,” kata Siddle. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.