Penduduk Taman Sibiyu Bintulu gempar penemuan mayat lelaki dalam parit

Spread the love

BINTULU, 3 Ogos : Penduduk di Taman Sibiyu, Batu 7 di sini gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam parit tepi jalan, pagi kelmarin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Sarawak, Penguasa Kanan Bomba 1, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dimakluman kejadian itu oleh polis pada pukul 10.56 pagi yang memohon bantuan untuk mengangkat mayat berkenaan.

Katanya, setibanya pasukan di lokasi, anggotanya menggunakan stretcher dan berjaya mengeluarkan mayat pada pukul 11.11 pagi.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,”katanya ketika dihubungi TVS semalam.

Beliau memberitahu, operasi tamat pada pukul 11.30 pagi. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.