Pekerja syarikat penerbangan rugi RM48 ribu ditipu urusan beli kereta ‘online’

Spread the love

SIBU, 2 Ogos : Impian seorang pekerja sebuah syarikat penerbangan untuk memiliki kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dibeli secara dalam talian punah apabila ditipu oleh jurujual yang menggunakan nama Miss Lee.

Akibat kejadian itu, mangsa yang berusia 25 tahun mengalami kerugian lebih RM 48,000.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, mangsa tertarik dengan satu iklan jual beli kereta dan ‘berurusan’ dengan wanita berkenaan untuk proses pembelian.

Ujarnnya, pengadu yang tinggal di Sibujaya kemudian diminta untuk membuat beberapa bayaran bagi tujuan pendaftaran, cukai jalan, bayaran pelepasan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sebagainya.

“Lelaki itu telah membuat lapan transaksi pembayaran ke tiga akaun seperti yang diarahkan suspek dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM48,340,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, pengadu mula sedar ditipu apabila suspek berulang kali meminta bayaran sedangkan dia telah membayar jumlah yang besar.

“Pengadu kemudian membuat laporan polis pada 1 Ogos lepas untuk lanjut selepas mengesyaki wujud unsur penipuan,”katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -TVS

Tags: kereta, scam, sibu

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.