Dengar bunyi dentuman, nampak pesawat terbang paras rendah

Spread the love

IPOH, 2 Ogos : Seorang saksi yang tinggal berhampiran lokasi kejadian pesawat terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Sungai Rokam, Medan Gopeng di sini malam tadi terkejut apabila mendengar bunyi aneh sebelum melihat sebuah pesawat terbang pada paras rendah.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Wan, 41, berkata dia yang baru selesai mengisi minyak di sebuah stesen minyak berhampiran melihat pesawat itu melanggar tiang lampu berhampiran kunci air.

Baca > > > Sebuah pesawat ringan terhempas di Ipoh

“Pesawat tersebut dilihat terbang pada paras rendah lalu terhempas melanggar tiang tersebut. Susulan daripada itu saya membuat pusingan U dan pergi melihat keadaan pesawat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, penduduk sebuah rumah berhampiran yang hanya dikenali sebagai Haizad berusia 22 tahun berkata dia terdengar bunyi hentaman yang kuat ketika sedang berada di rumah ketika kejadian sekitar 7 malam.

 “Saya tidak terus keluar ke rumah kerana menyangkakan kemalangan biasa sehinggalah  kawan saya memaklumkan melalui WhatsApp berkenaan ada pesawat terhempas, selepas melihat gambar barulah sedar kejadian sangat dekat dengan rumah,” katanya.

Baca > > > Pernah terbabit dalam insiden pesawat sebelum ini tidak patahkan minat arwah Fajim Juffa

Seorang jurulatih penerbangan, Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dari Semenyih, Selangor maut manakala seorang lagi Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur cedera dalam nahas itu. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.