Ziyad sumbang emas pertama Malaysia di Solo

Spread the love

SOLO (Indonesia), 1 Ogos : Jaguh olahraga para Muhammad Ziyad Zolkefli menepati ramalan apabila beliau menghadiahkan emas pertama Malaysia di Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 hari ini.

Atlet berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi bertenaga untuk muncul juara acara lontar peluru F20 (masalah intelektual) di Stadium Manahan di sini.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 dan juara dunia 2013 dan 2017 itu, mengesahkan emas menerusi lontaran sejauh 16.92 meter (m) pada percubaan pertama.

Beliau terus konsisten dengan melakukan 16.80m, 16.88m, 16.63m, 16.78m dan 16.74m pada percubaan seterusnya, sekali gus membuktikan dominasinya dalam acara berkenaan.

Ini merupakan emas keempat Muhammad Ziyad di APG sejak edisi 2013 di Myanmar dan pada edisi sebelum ini di Kuala Lumpur pada 2017 beliau meraih emas dengan lontaran sejauh 16.81m.

Malaysia juga menguasai kedudukan pertama dan kedua acara itu apabila Mohamad Aliff Mohamad Awi melengkapkan hatrik pingat perak dengan catatan 13.46m. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.