PUSAKA jalin kerjasama bersama syarikat Australia, bangunkan kilang kejuruteraan kayu

Spread the love

KUCHING,1 Ogos: Sarawak menerusi Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) terus komited memperkasa industri perkayuan dengan menjalinkan kerjasama bersama beberapa syarikat dalam dan luar negara untuk membangunkan kilang kayu kejuruteraan.

Menurut Pengurus Besar Pusaka, Datu Hashim Bojet, terbaru pihaknya telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama beberapa syarikat  yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam industri berkenaan yang diyakini mampu merealisasikan hasrat Sarawak untuk membangunkan industri perkayuan..

“Pada 22 Jun yang lepas, kita telah mengadakan satu MOU dengan sebuah syarikat dari Melbourne, Australia, iaitu Tiling Timber Private Limited, dan sebuah syarikat tempatan yang beroperasi di Johor iaitu Woodfield Manufacturing Sdn Bhd yang mana kita akan bawa mereka ke Sarawak tidak lama lagi,” katanya.

Hashim menambah, MoU berkenaan akan mengfokuskan kajian kebolehlaksanaan pelaburan usaha sama yang boleh dilakukan bagi membangunkan kilang kejuruteraan kayu di Sarawak yang mana ia dijangka bakal menarik pelaburan sekitar RM120 juta dan diramal menjana pendapatan tahunan bernilai RM 78 juta.

Sementara itu, Hashim turut memaklumkan, pihaknya kini juga sedang giat membangunkan ladang buluh di beberapa daerah di Sarawak bagi menyokong pembangunan industri hiliran berasaskan buluh.

“Kita mahu memanfaatkan peluang yang ada dengan mensasarkan untuk membangun ladang buluh dengan sasaran paling kurang 10 ribu hektar menjelang 2030 yang mana kita turut akan membangunkan beberapa produk daripada buluh,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya ketika ini sedang melakukan perbincangan dengan syarikat gergasi dari China untuk menjalinkan kerjasama dalam penghasilan produk menerusi buluh seperti barang komestik, kertas dan sebagainya.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.