Sarawak hasilkan basikal buluh, bakal eksport ke pasaran antarabangsa

Spread the love

KUCHING, 1 Ogos: Sarawak bakal menghasilkan basikal buluh pertama buatan Sarawak yang dijangka siap sepenuhnya pada hujung bulan ini.

Menurut Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak, Datu Hashim Bojet, penghasilan basikal unik tersebut dihasilkan menerusi teknologi yang dipelajari dari sebuah syarikat berpangkalan di China dan ia nya berpotensi dikomersialkan ke pasaran dalam dan luar negara.

“Kita  melihat potensi yang sangat besar dalam pengeluaran basikal daripada buluh dan pada masa ini kita sedang dalam fasa akhir pembuatan dan jangkaan saya pada hujung bulan Ogos ini kita akan dapat lihat basikal buluh pertama hasil ciptaan anak Sarawak sendiri,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya komited untuk mengkomersialkan pemasaran basikal tersebut ke pasaran luar memandangkan harganya yang tinggi yang mana ia mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada pemain industri dan seterusnya membantu menambah pendapatan kepada kerajaan negeri.

Walaupun basikal buluh bukan perkara baru di Malaysia, namun pihaknya melihat potensi produk berkenaan memandangkan tiada negeri di Malaysia yang serius memasarkannya dalam skala besar.

“Jika kita lihat sudah ada basikal buluh di semenanjung Malaysia tapi tidak dikomersialkan secara besar-besaran.

“Oleh itu kita merancang untuk memperluaskan pengeluaran basikal buluh ini sepertimana yang dilakukan di Indonesia untuk dikomersialkan ke pasaran luar kerana harga sebuah basikal buluh adalah tinggi sehingga boleh mencecah RM30,000,” ujarnya

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS di Wisma Sumber Alam, hari ini.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.