Lima wanita antara 32 ‘tahi dadah’ dicekup di Sibu

Spread the love

SIBU, 1 Ogos : Lima wanita merupakan antara 32 yang ditahan polis dalam Op Tapis Khas yang dilancarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu selama tiga hari bermula 27 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, kesemua mereka merupakan wanita tempatan.

Katanya turut dicekup dua warga asing yang merupakan pasangan suami isteri.

“Tangkapan ini termasuk yang terlibat dalam kegiatan penanaman ganja di Sungai Bidut di sini baru-baru ini,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, seramai 21 individu termasuk tiga perempuan tempatan berumur antara 28 hingga 55 tahun ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Ini kerana keputusan ujian air kencing mereka didapati positif dadah jenis Methamphatamine dan Amphatamine,”katanya. -TVS

Tags: dadah, sibu

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.