COVID-19 : Kes kematian berkurang di Sarawak Minggu Epidemiologi 30

Spread the love

KUCHING, 1 Ogos : Satu kes kematian akibat COVID-19 direkodkan di Sarawak bagi tempoh 24 hingga 30 Julai lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak memaklumkan, kes kematian direkodkan di Sibu.

Dalam pada itu, sebanyak 505 kes baharu dilaporkan pada tempoh sama sekaligus menjadikan jumlah kumulatif 309,641 kes sejak dilanda pandemik.

“Daripada jumlah kes baharu yang disahkan, tujuh kes berada pada kategori klinikal 3, 4 dan 5,” jelas JBPN Sarawak menerusi kenyataan media hari ini.

Kuching merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu 167 kes, diikuti Miri (93), Sibu (61) dan Bintulu (47).

Sebanyak sembilan daerah antaranya Selangau, Julau, Tebedu dan Belaga tidak mencatatkan sebarang kes. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.