Sarawak United kecewakan Harimau Kumbang di Georgetown

Spread the love

GEORGETOWN, 31 Julai : Sarawak United FC meraih tiga mata berharga di tempat lawan setelah menumbangkan Penang FC dengan keputusan 3 – 2 di Stadium Bandaraya, di sini, sebentar tadi.

Sarawak yang bertandang ke Pulau Mutiara selepas kekalahan besar 0-4 kepada JDT di tempat sendiri pada Rabu lepas membuktikan semangat untuk bangkit mencipta kemenangan sejak awal apabila mendahului tuan rumah menerusi jaringan Nor Azizi pada minit kelima.

Harimau Kumbang yang tersentak dengan jaringan pelawat kemudian mula mengimbangi rentak permainan apabila Lucas Espindola menyamakan kedudukan pada minit ke-17.

Permainan bertambah rancak setelah Uche Agba kembali meletakkan Sarawak di hadapan pada minit ke-28 namun kedudukan itu tidak bertahan lama selepas Lucas menyamakan kedudukan berselang dua minit kemudian.

Kedua – dua pasukan menuju ke bilik persalinan dengan peluang sama rata apabila menamatkan permainan dengan keputusan 2 – 2.

Babak kedua sekali lagi menyajikan permainan menarik apabila kedua – dua pasukan saling berbalas serangan namun Gonzalo Soto memastikan jaringan pentingnya pada minit ke-84 sebagai detik kemenangan kepada Ngap Sayot.

Empat minit masa tambahan diberikan tidak mampu dimanfaatkan oleh Penang FC apabila terpaksa akur dengan kekalahan 2 -3.

Kenyalang Emas terbang merentasi Laut China Selatan ke Kuching dengan membawa pulang tiga mata berharga.

Keputusan itu meletakkan Sarawak United FC itu pada kedudukan kesembilan Liga Super. – TVS

 
 
 

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.